Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat
09-7257963 - Unit Khidmat Pengurusan
S1: Apakah Seksyen 120 KTN?
J1: Pengenaan Syarat-Syarat nyata dan sekatan-sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.
S2: Bagaimana untuk membuat permohonan ini?
J2 : i) Pemohon perlu mengisi borang permohonan pindahmilik dengan lengkap yang telah disediakan di Pejabat Tanah.
ii) pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti
a) Salinan kad pengenalan tuan tanah / bakal penerima
b) Salinan sijil lahir tuan tanah / bakal penerimamilik
c) Salinan Geran Tanah
d) Cabutan Hakmilik tanah
e) Salinan resit hasil terkini
S3 : Berapakah bayaran yang diperlukan untuk permohonan ini?
J3: Memfail -RM 20.00
Notis -RM 6.00 per Orang
Deposit Sijil -RM 60.00 per lot
S4 : Berapa lamakah proses untuk mendapat kelulusan?
J4 : Proses kelulusan Pentadbir Tanah Jajahan dianggarkan 2 minggu jika tiada halangan manakala kelulusan oleh Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) / MMK selama 2 bulan.
S5 : Setelah mendapat kelulusan apakah langkah seterusnya?
J5 : Setelah mendapat kelulusan, pemohon diberi sijil kelulusan EXCO dan seterusnya pemohon perlu membawa sijil tersebut ke kaunter pendaftaran untuk memindah milik dengan mengisi borang 14A.