Perutusan Ketua Jajahan
- Jumlah paparan: 29657
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dapat diwujudkan sebagai medium rasmi penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam pengurusan tanah dan pentadbiran jajahan, kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Laman web ini diharapkan dapat menjadi platform interaktif untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan dasar, perkhidmatan, serta aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Seiring dengan era digital, kami berusaha meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan secara dalam talian bagi memudahkan urusan rakyat. Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklum balas daripada masyarakat bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami.
Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan menjadi sumber rujukan utama dalam mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran jajahan Tumpat.
Sekian, terima kasih.
Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin
Ketua Jajahan Tumpat