Anugerah Khas PJIA
- Jumlah paparan: 6225
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat(PTJ Tumpat) melakar sejarah tersendiri apabila menerima Anugerah Khas PJIA (Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni ) UiTM Cawangan Kelantan pada majlis penutup REIACt Day 2021. Majlis tersebut berlangsung pada 29 November 2021 bertempat di Dewan Profesional UiTM Machang.
PTJ Tumpat diwakili Ketua Penolong Ketua Jajahan(Pembangunan) , En Mohd Zulkarnain bin Baharuddin menerima anugerah yang disampaikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Dato’ Haji Zamri bin Ismail.
Anugerah ini diberi atas usaha dan kerjasama PTJ Tumpat dengan UiTM dalam membangunkan Industri Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) di Gugusan Kepulauan Tumpat dan telah memenangi ‘Gold Award’ MTE2021 (Malaysia Technology Expo) Sustainable Development Goals International Innovation Awards yang berlangsung pada 25-29 October 2021.