Accessibility Tools

Skip to main content

faq3 Hubungi3maklumbalas3PetaLaman3

MAJLIS PERASMIAN TAMAN PERMAINAN DI TAMAN KASTURI, WAKAF BHARU

 
Majlis Perasmian Taman Permainan di Taman Kasturi, Wakaf Bharu telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 7 Januari 2026 bersamaan 17 Rejab 1447H. Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Jajahan Tumpat, En Mohamad Nazwan bin Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rosli Bin Abdullah Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu, En Wan Ridzuan bin Wan Ab RAhman wakil ECERDC , Majlis Daerah Tumpat, Pengerusi Persatuan Taman Kasturi dan wakil penduduk setempat.
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bertindak sebagai agensi pelaksana bagi merealisasikan perancangan di bawah Program Inisiatif Bantuan Rakyat (IPR) dengan peruntukan yang disalurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Pelaksanaan projek ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam yang selamat, inklusif dan kondusif, khususnya untuk manfaat kanak-kanak, belia serta seluruh penduduk Taman Kasturi dan kawasan sekitarnya.
 


  • Hits: 13
KELGOV PPST

seo - LAMAN WEB RASMI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT