Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Jubakar Pantai
- Jumlah paparan: 2071
Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Jubakar Pantai telah diadakan pada Isnin 27 Safar 1442H bersamaan 05 Oktober 2020 Jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Kampung Baru Nelayan, Tumpat Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh ADUN Kelaboran YB Haji Mohd Adanan bin Hassan. Turut hadir Ketua Jajahan Tumpat, berserta Timbalan Ketua Jajahan dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat. Seramai 30 Orang Penerima Geran Hakmilik Tanah tersebut.