BENGKEL MODUL USAHAWAN SOSIAL DIGITAL (IKAN BEKOK)

Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan Bengkel Modul Usahawan Sosial Digital (Ikan Bekok) pada 26 Julai 2020 (Ahad) bermula Jam 8.30 Pagi bertempat Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Tumpat. Seramai 36 orang peserta telah mendaftar sebagai peserta menyertai bengkel ini. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Yasin bin Mohd Nor Ketua Penolong Pengarah ( Sosial dan Ekonomi) Bahagian Koordinasi Dan Program Khas (BKPK).