Pengesanan Covid-19

Sekiranya anda mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari sehingga 1 Mac yang lalu:

Mohon maklumkan kepada anggota kesihatan dengan mengisi borang di bawah:
https://forms.gle/j4q6eAoyVcq54phy7

✔Sekiranya anda mempunyai gejala
📞Sila hubungi 09-7255000(jam 8pagi-5ptg) ATAU segera ke klinik/hospital.

✖Sekiranya anda tiada gejala
🖐🏻 amalkan kebersihan diri dengan
mencuci tangan dengan kerap dgn air dan sabun atau gunakan hand sanitizer
🏠 pastikan anda tidak melawat tempat tumpuan awam (kekal di rumah)
📞pastikan anda dapat dihubungi
🚨 amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain selama 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tersebut.
🤝 elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain

KKM menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti🙏🏼