QIAM WITH ME 2019

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, telah ampuni berkenan berangkat ke program tahunan iaitu Qiam With Me 1440H bertempat di Masjid Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan pada 26 Ramadhan 1440H bersamaan 31 Mei 2019.
Tuanku Sultan Kelantan turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih bersama rakyat. KDYMM Sultan Muhammad V diiringi YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada 1440 orang asnaf-asnaf dan fakir miskin dari seluruh negeri kelantan. Kemudian baginda menyertai majlis Qiamullai, bermula jam 4.00 pagi dan berakhir dengan solat subuh berjemaah.
Turut berangkat hadir pada majlis ini ialah YBM. Tengku Temenggong Kelantan seterusnya YAB. Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua Jajahan Tumpat, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kelantan serta rakyat jelata dari seluruh Negeri Kelantan.

 

link bergambar :-