Majlis Ihya Ramadhan dan solat sunat Terawih Bersama KDYMM Sultan Muhammad V

Tumpat, 22 Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019M -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sultan Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Ihya Ramadhan dan solat sunat Terawih bersama Tengku Temenggung Kelantan di Masjid Al-Hidayah, masjid Mukim Kampung Laut, Tumpat. Majlis dimulakan dengan iftar seterusnya solat Maghrib, Isyak dan solat Terawih dipimpini oleh imam Masjid Kampung Laut. Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan zakat kepada 100 asnaf di Jajahan Tumpat.

 

link bergambar:-