Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan KPI HRMIS Tahun 2017 & 2018 Dan EKSA DIY Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat

Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat  telah diberi pengiktirafan 5 bintang bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017 dan 2018 oleh  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Anugerah Cemerlang dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do-It-Yourself (DIY) oleh Pihak MAMPU

Majlis pengiktirafan ini telah disempurnakan YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan  yang hadir mewakili YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2018.

Pada Majlis itu juga turut di sampaikan Anugerah Kpi Hrmis 2017 & 2018, Audit Persijilan Eksa Diy Pilot Projek 2018 & Sijil Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Negeri Kelantan Tahun 2018. YABrs. Rosnazli bin Hj Amin, Ketua Jajahan Tumpat  telah hadir bagi menerima sijil pengiktirafan ini.