A-
ms Malay en English
faq hubungi kami aduan dan maklumbalas peta laman

BAYARAN CUKAI TANAH

Makluman/ Hebahan

Makluman kepada Pemilik Tanah dalam Negeri Kelantan.

1) Cukai tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1 Julai pada setiap tahun bagi mengelak denda lewat dikenakan.

2) Setiap pemilik tanah wajib menjelaskan cukai tanah pada setiap tahun tanpa menunggu makluman melalui bil cukai tanah atau surat peringatan daripada pejabat tanah.

3) Kemudahan untuk membayar cukai tanah memadai dengan hanya mengemukakan kad pengenalan pemilik semasa berurusan.

4) Pemilik tanah disarankan supaya memastikan alamat yang berdaftar dalam hakmilik sentiasa dikemaskini mengikut mastautin pemilik.

5) Pembayaram secara online cukai tanah kelantan boleh dibuat melalui laman web www.hasiltanah.kelantan.gov.my.

6) Cukai tanah boleh dibayar dimana-mana pejabat tanah di kelantan tanpa perlu mengikut jajahan tanah termasuk di UTC Kota Bharu atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.

7) Kemudahan untuk menyemak hasil cukai tanah Kelantan secara percuma atau melalui telefon untuk urusan pembayaran cukai tanah di talian 09-7257963 sambungan: 110 (unit hasil).

  • Kemaskini Terakhir: Sunday 08 December 2024.
© Hakcipta Terpelihara {2018} Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800.

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST

seo - LAMAN WEB RASMI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT

loker situbondo