:: LATAR BELAKANG ::
Jajahan Tumpat diberi tanggungjawab dalam membangunkan secara ladang ternakan ayam sebagai teras di kawasan baru yang telah dikenal pasti iaitu di atas tanah kerajaan Lot 2526 (Fasa 1) dan 2527 (Fasa 2), Mukim Periok, Daerah Terbak, Jajahan Tumpat, Negeri Kelantan seluas 18.421 hektar ( 45.519 ekar )
Pelaksanaan projek ini dilakukan secara bersepadu dengan ternakan ikan dalam kanvas serta tanaman sayuran dan Tanaman Singkat Masa (TSM) sebagai pendapatan sampingan kepada para peserta
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 330,000.00 bagi pembangunan infrastruktur projek tersebut. |